Tuesday, August 08, 2017

Kepada Dia Kita Datang , Kepada Dia Kita Kembali . 💕


Assalamualaikum ,
Hari ni , saya nak kongsikan :
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
👉 Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

👉 Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
👉 Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
👉 Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
👉 Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
👉 Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
👉 Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
👉 Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
👉 Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
👉  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri :)
👉  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 



Sebenarnya solat jenazah ini amat mudah sekali tetapi masih 

ramai yg tidak mahu sama menyolat jenazah, 

sanggup mereka berdiri di bawah pokok atau di beranda 

masjid.. sedangkan inilah sedekah kita yg terakhir buat arwah 

kan.. hendaknya kepada kaum lelaki belajar solat jenazah ini 

kerana ia begitu mudah sahaja..